MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN MGKK TERKINI

Home
PERLEMBAGAAN MGKK TERKINI
AJK MGKK PK 2007
BORANG KEAHLIAN MGKK
Dokumen Lampiran Permohonan Pendaftaran
PENDAFTARAN KAUNSELOR
Links
Contact Us

lkm_logoc.gif

 

Fasal 1:NAMA

Majlis yang ditubuhkan di bawah fasal-fasal ini dikenali dengan nama

MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN. Nama ringkasnya ialah MGKK


Fasal 2: ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 dan 4, Blok E 12, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putra Jaya.


Fasal 3:TAFSIRAN

    1. Guru Kaunseling ialah pegawai yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mempunyai asas kaunseling dengan menyandang jawatan sebagai Guru Kaunseling di sekolah menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia.


3.2 Jawatankuasa bermaksud jawatankuasa pentadbiran MGK Kebangsaan.


3.3. Dana ialah kumpulan wang MGK Kebangsaan.


3.4 Luput kelayakan keahlian MGK Kebangsaan apabila tidak lagi menyandang jawatan Guru Kaunseling sekolah menengah.


Fasal 4: KETERANGAN LOGO

4.1 Warna :


Merujuk kepada warna bendera Melaysia

      1. Kuning – kedaulatan agama, bangsa dan Negara

      2. Merah – keberanian, rajin dan proaktif

      3. Biru – perpaduan, persepakatan dan kerjasama

      4. Putih – kejujuran, tulus dan telus


4.2. Bentuk / simbol :

      1. Bahagian dalam – Simbolik kepada huruf MGKK Kebangsaan

      2. Bahagian bawah - Simbolik kepada buku yang membawa makna

keilmuan, Kemahiran dan kecekapan

      1. Lengkungan biru - ruang lingkup perkhidmatan bersandarkan kepada

etika kaunseling

      1. Bintang bucu 15 - memberi maksud 15 buah negeri dalam Malaysia


Fasal 5:TUJUAN MGK Kebangsaan


5.1 Meningkatkan keberkesanan dan impak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara optimum di sekolah sesuai dengan dasar Pendidikan Negara.

5.2 Memberi sokongan dan pandangan terhadap pelaksanaan dasar dan mempertahankan kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

5.3 Meningkatkan tahap profesionalisme guru kaunseling melalui perkongsian pintar dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.

5.4 Mewujudkan satu jaringan perhubungan dengan pihak berkuasa dan pihak yang berkaitan bagi menjaga kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

5.5 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah melalui pelbagai aktiviti latihan dan pendedahan bertaraf dunia di dalam atau pun di luar negeri.

5.6 Menilai dan meneliti kekuatan dan kelemahan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di sekolah.

5.7 Menjaga dan meningkatkan kebajikan ahli-ahli.


Fasal 6: PENUBUHAN


6.1. Penubuhan MGK Kebangsaan adalah tertakluk di bawah kuasa-kuasa dan peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.2 MGK Negeri dan Daerah/Gabungan adalah cawangan kepada MGK Kebangsaan . MGK Negeri dan Daerah/Gabungan tertakluk kepada peraturan dan Perlembagaan MGK Kebangsaan.


Fasal 7:PENAUNG DAN PENASIHAT


    1. MGK Kebangsaan

7.1.1 Penaung .

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Kementerian Pelajaran Malaysia.


      1. Penasihat.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Jabatan Sekolah), Kementerian Pelajaran Malaysia.

      1. Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia


      1. Ex Officio

Penolong Pengarah Bahagian Sekolah


7.2.MGK Negeri

7.2.1 Penasihat

Pengarah Pelajaran Negeri


      1. Ex Officio

Penyelia Kaunseling Negeri


7.3.MGK Daerah/Gabungan

7.3.1 Penasihat

Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan

      1. Ex Officio

Penolong PPD Sektor Pembangunan Kemanusiaan / Pegawai Kaunseling PPD


Fasal 8: KEAHLIAN


    1. Semua Guru Kaunseling Sepenuh Masa yang telah dilantik dan bertugas di Sekolah Menengah Kerajaan, Bantuan Kerajaan, di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah layak untuk menjadi ahli secara automatik.


    1. Borang Pendaftaran keahlian hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat MGK Kebangsaan. dengan menjelaskan Yuran Pendaftaran dan Yuran Keahlian melalui MGK Negeri.


Fasal 9: YURAN KEAHLIAN


    1. Yuran pendaftaran RM20.00 sekali seumur hidup.


    1. Yuran keahlian RM10.00 setahun dan mestilah dijelaskan sebelum Julai atau sebelum mesyuarat agung.


    1. Pengagihan yuran adalah seperti berikut;

      1. Daerah/Gabungan 50%

      2. Negeri 30%

      3. Kebangsaan 20%


Fasal 10: STRUKTUR MGK KEBANGSAAN.


10.1 MGK Kebangsaan adalah terdiri dari;

10.1.1 Jawatankuasa MGK Kebangsaan.

10.1.2 Jawatankuasa MGK Negeri.

10.1.3 Jawatankuasa MGK Daerah/Gabungan .


Fasal 11 JAWATANKUASA MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN


Jawatankuasa MGK Kebangsaan terdiri daripada;

11.1.Yang Di Pertua

11.2. Timbalan Yang Di Pertua

11.3 Setiausaha Kehormat

11.4 Penolong Setiausaha Kehormat

11.5 Bendahari Kehormat

11.6 Lima belas orang ahli Jawatankuasa (semua YDP Negeri)

11.7 Yang Di Pertua dengan persetujuan Jawatankuasa MGK Kebangsaan boleh

melantik tiga orang Ahli Jawatankuasa Tambahan

11.8.Jawatan Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat akan dilantik oleh YDP.

11.9.YDP setiap negeri adalah secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa MGK Kebangsaan.

11.10Jawatankuasa MGKKebangsaan akan dipilih semasa mesyuarat agung

tahunan dua tahun sekali.

11.11 Pencalonan dan pengundian untuk sesuatu jawatan dalam Jawatankuasa

itu hendaklah dibuat pada mesyuarat agung dengan cara undian atau sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa MGK Kebangssan.


11.12Jawatankuasa MGK Kebangsaan mempunyai kuasa-kuasa seperti

berikut;

11.12.1.Menguruskan hal-hal kewangan.

11.12.2.Mencadangkan fasal baru atau pindaan perlembagaan atau

membatalkan fasal yang dikuatkuasakan sekarang mengikut fasal 22.

1.12.3Menjalankan tugas-tugas lain mengikut perlembagaan MGK

Kebangsaan.

11.12.4Jawatankuasa MGK Kebangsaan hendaklah bermesyuarat

sekurang-kurangnya sekali dalam empat bulan dan (notis mesyuarat ) sekurang-kurangnya 14 hari bagi pengumuman tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli awatankuasa. Sekurang-kurangnya ½ daripada ahli Jawatankuasa MGK Kebangsaan hendaklah hadir bagi

mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

11.12.5Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawtankuasa MGK Kebangsaan dan mesyuarat tidak boleh dijalankan maka Setiausaha Kehormat boleh mendapatkan kelulusan Jawatankuasa MGK Kebangsaan secara pengedaran surat perkeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa MGK Kebangsaan boleh dianggap sebagai telah diterima;

11.12.6 Isu/masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dinyatakan

dengan terang di dalam surat perkeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa MGKKebangsaan.

11.12.7. Sekurang-kurangnya ½ daripada bilangan ahli Jawatankuasa MGKKebangsaan mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu .

11.12.8 Keputusan hendaklah dengan undian terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Kehormat kepada mesyuarat MGK Kebangsaan untuk direkodkan di dalam peringatan mesyuarat.

11.12.9.Ahli Jawatankuasa MGK Kebangsaan yang gagal menghadiri mesyuarat Jawatankuasa MGK Kebangsaan tiga kali berturut-turut tanpa alasan munasabah adalah digugurkan atau dia sebagai telah meletakkan jawatan dalam jawatankuasa MGK Kebangsaan.

11.12.10. Jawatankuasa MGK Kebangsaan boleh melantik dan mengesahkan mana-mana ahli untuk mengisi kekosongan yang berlaku sehingga mesyuarat agung diadakan.



Fasal 12 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA MGK KEBANGSAAN


12.1 Yang Di Pertua

12.1.1 Mempengerusikan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa MGK KEBANGSAAN.

      1. Menggunakan undi kuasa sekiranya bilangan undi yang sama

dalam mesyuarat.

      1. Mengetuai segala urusan perhubungan dan protokol.

      2. Melantik tiga orang ahli Jawatankuasa (tambahan) mengikut keperluan dengan persetujuan Jawatankuasa MGK Kebangsaan.

      3. Menanda tangan semua cek bersama-sama dengan Bedahari atau Setiausaha.

    1. Timbalan Yang Di Pertua

12.2.1 Membantu menjalankan tugas-tugas Yang Di Pertua.

12.2.2 Membantu memangku jawatan Yang Di Pertua semasa ketiadaannya.


    1. Setiausaha Kehormat

      1. Menyimpan rekod semua perjalanan, aktiviti dan minit-minit

mesyuarat Jawatankuasa MGK Kebangsaan.

      1. Melayani, merekod dan mengambil tindakan semua surat MGK

Kebangsaan.

      1. Menyimpan semua surat dan dokumen MGK Kebangsaan.

      2. Menyimpan daftar ahli MGK Kebangsan.

      3. Menyedia dan membentangkan laporan tahunan kepada

mesyuarat agung untuk disahkan.


    1. Penolong Setiausaha Kehormat

      1. Membantu kerja-kerja Setiausaha Kehormat.

    2. Bendahari Kehormat

      1. Menyimpan dan merekod kira-kira bagi segala wang yang diterima

atau dibayar.

      1. Menyimpan dalam bank semua kutipan wang mengikut arahan

Jawatankuasa MGK Kebangsaan dan tidak boleh menyimpan wang tunai di tangan melebihi RM300.00 sebagai wang runcit.

      1. Membentangkan penyata kewangan yang telah diaudit sebelum

dibentangkan didalam mesyuarat agung untuk disahkan.

      1. Menguruskan segala jenis kutipan dan perbelanjaan MGK

Kebangsaan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa MGK Kebangsaan.


    1. Ahli Jawatankuasa MGK Kebangsaan

Ahli-ahli Jawatankuasa MGK Kebangsan hendaklah membantu menjalankan tugas-tugas pegawai seperti dalam Fasal 12.1 hinga 12.5.


Fasal 13 JAWATANKUASA MGK NEGERI / DAERAH / GABUNGAN


13.1 Jawatankuasa MGK Negeri / Daerah / Gabungan terdiri daripada;

13.1.1 Yang Di Pertua

13.1.2 Naib Yang Di Pertua

13.1.3 Setiausaha Kehormat

13.1.4 Penolong Setiausaha Kehormat

13.1.5 Bendahari Kehormat

13.1.6 Ahli Jawatankuasa (semua YDP Daerah/ Gabungan)


13.2 Jawatan Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha Kehormat

dan Bendahari Kehormat akan dilantik oleh YDP Negeri / Daerah / Bahagian (mana yang berkenaan).


    1. YDP setiap Daerah/Gabungan adalah secara automatik menjadi Jawatankuasa MGK Negeri.

    2. Jawatankuasa MGK Negeri / Daerah / Gabungan dipilih semasa

Mesyuarat Agung Tahunan dua tahun sekali.Pencalonan dan pengundian untuk sesuatu jawatan dalam Jawatankuasa itu hendaklah dibuat pada mesyuarat agung dengan cara undian atau sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa MGK Kebangsan.


13.5 Tugas Jawatankuasa Negeri / Daerah / Gabungan ialah mengelola, mengaturkan kerja-kerja Negeri / Daerah / Gabungan mengikut perlembagaan MGK Kebangsaan dan arahan-arahan MGK Kebangsaan. Jawatankuasa MGK Negeri / Daerah / Gabungan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 1 kali dalam tempoh 4 bulan yang mempunyai cukup korum satu per dua bagi yang hadir. Setiausaha Kehormat Negeri hendaklah memberi 1 salinan peringatan mesyuarat kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan tidak lewat dari 14 hari selepas mesyuarat diadakan.


    1. Ahli Jawatankuasa yang gagal menghadiri mesyuarat Jawatankuasa

MGK Negeri / Daerah / Gabungan sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah adalah digugurkan atau dia sebagai telah meletakkan jawatan sebagai jawatankuasa MGK Kebangsaan.


    1. Jawatankuasa MGK Negeri / Daerah / Gabungan (mana yang berkenaan)

boleh melantik mana-mana ahli untuk mengisi kekosongan yang berlaku sehingga Mesyuarat Agung diadakan.


Fasal 14 : TUGAS JAWATANKUASA MGK NEGERI / DAERAH /

GABUNGAN


    1. Yang Di Pertua MGK Negeri / Daerah / Gabungan

      1. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat agung Negeri / Daerah / Gabungan .

      2. Menggunakan kuasa undi pemutus sekiranya bilangan undi yang sama dalam mesyuarat.

      3. Menandatangani peringatan mesyuarat

      4. Menandatangani semua cek bersama-sama dengan Bendahari Kehormat atau Setiausaha Kehormat Negeri / Daerah / Gabungan.

      5. Melantik 3 orang ahli jawatankuasa mengikut keperluan dengan persetujuan jawatankuasa MGK Negeri / Daerah / Gabungan.


    1. Naib Yang Di Pertua

      1. Membantu menjalankan tugas-tugas Yang Di Pertua

      2. Memangku jawatan Yang Di Pertua semasa ketiadaannya.


14.3 Setiausaha Kehormat

14.3.1 Setiausaha Kehormat bertanggungjawab kepada YDP MGK Negeri / Daerah / Gabungan mengenai urusan pentadbiran MGK dengan menyimpan rekod-rekod aktiviti, minit mesyuarat, pekeliling dan daftar ahli MGK Negeri / Daerah / Gabungan.

      1. Menyediakan dan membentangkan laporan tahunan MGK Negeri /

Daerah / Gabungan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.


    1. Penolong Setiausaha Kehormat

14.4.1 Membantu tugas-tugas Setiausaha Kehormat Negeri / Daerah / Gabungan

14.4.2 Memangku jawatan Setiausaha Kehormat Negeri / Daerah / Gabungan semasa ketiadaannya.


14.5 Bendahari Kehormat Negeri

14.5.1 Menerima dan merekodkan semua pembayaran dan sumbangan serta derma yang diterima.

14.5.2 Menyimpan semua rekod penerimaan dan pembayaran wang MGK Negeri.

14.5.3 Menyerahkan 20 % kutipan yuran pendaftaran dan tahunan kepada Bendahari Kehormat MGK Kebangsaan.

14.5.4 Menyimpan segala wang yang diterima dalam akaun bank yang dipersetujui oleh jawatankuasa MGK Negeri.

      1. Menyedia dan membentangkan laporan kewangan semasa

Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung MGK Negeri.


14.6 Bendahari Kehormat Daerah / Gabungan

14.6.1 Mengutip dan menerima semua yuran daripada ahli dan mengeluarkan resit

14.6.2 Menyerahkan 50% wang kutipan yuran pendaftaran dan yuran tahunan kepada kepada Bendahari Negeri.(dengan agihan 20% MGK Kebangsaan dan 30% MGK Negeri).

14.6.3 Mengumpul dan merekodkan semua pembayaran dan sumbangan serta derma yang diterima.

14.6.4 Menyimpan semua rekod penerimaan / pembayaran wang MGKK Daerah / Gabungan.

14.6.5 Menyimpan segala wang yang diterima dalam akaun bank yang dipersetujui oleh jawatankuasa MGK Daerah / Gabungan.

      1. Menyedia dan membentangkan laporan kewangan semasa

Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan untuk disahkan.


14.7 Ahli Jawatankuasa Negeri / Daerah / Gabungan

14.7.1 Membantu menjalankan tugas pentadbiran aktiviti-aktiviti Negeri / Daerah / Gabungan.


Fasal 15 : KEWANGAN MGKK


15.1.Tertakluk kepada peruntukkan-peruntukkan berikut. Wang MGKK boleh digunakan bagi perkara berfaedah bagi melaksanakan tujuan-tujuan atau aktiviti dan belanja pentadbiran MGKK.


15.2. Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan tidak lebih daripada RM300 tunai pada satu-satu masa. Wang yang lebih dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh jawatankuasa MGKK.


    1. Segala cek atau pengeluaran wang dalam kira-kira MGK Kebangsaan

hendaklah ditandatangani oleh Yang Di Pertua, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat jika melebihi RM10,000.00. Pengeluaran cek yang bernilai kurang dari RM10,000.00 mesti ditandatangani oleh Yang Di Pertua, Bendahari Kehormat atau Setiausaha Kehormat.



15.4 Perbelanjaan yang tidak melebihi RM2000.00 ringgit boleh diluluskan oleh

YDP bersama-sama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. Perbelanjaan yang melebihi RM2,000.00 hendaklah mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa MGK Kebangsaan.


15.5. Penyata Kewangan yang diterima dan dibelanjakan serta penyata kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh audit dalam yang dipilih dibawah Fasal 17 perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan.


15.6.Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk diterima oleh Mesyuarat Agung.


15.7.Tahun kewangan MGK Kebangsaan bermula pada 1 Januari dan berakhir

pada 31 Disember tiap-tiap tahun.


Fasal 16 :KEWANGAN MGKK NEGERI / DAERAH / GABUNGAN


    1. Semua wang yang dikutip di Negeri / Daerah / Gabungan akan menjadi

aset MGK Negeri / Daerah / Gabungan.


    1. Semua wang MGK Negeri / Daerah / Gabungan hendaklah disimpan atas

nama MGK Negeri / Daerah / Gabungan di dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa MGK Negeri / Daerah / Gabungan.


    1. Bendahari Kehormat Negeri / Daerah / Gabungan dibenarkan menyimpan

wang tunai dalam tangan tidak melebihi dari RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) pada sesuatu masa.


    1. Perbelanjaan yang tidak melebihi RM2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu

Sahaja) boleh diluluskan oleh YDP Negeri / Daerah / Gabungan bersama-sama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. Perbelanjaan yang melebihi RM2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu) perlu mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa MGK Negeri / Daerah / Gabungan dan pengeluaran cek melebihi RM 2000.00 hendaklah ditanda tangani oleh tiga orang iaitu Yang Di Pertua, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. Sekiranya nilai cek itu kurang dari RM2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu sahaja) cek akan ditandatangan oleh dua orang iaitu Yang Di Pertua, Bendahari Kehormat atau Setiausaha Kehormat .


    1. Bendahari Kehormat Negeri hendaklah menyerahkan yuran tahunan

kepada Bendahari Kehormat MGKK sebulan sebelum Mesyuarat Agung (Perwakilan) MGK Kebangsaan.


Fasal 17: JURUAUDIT DALAM


17.1 Dua orang Juruaudit Dalam dipilih semasa Mesyuarat Agung MGK Kebangsaan/ Negeri / Daerah / Gabungan (mana-mana yang berkenaan).


    1. Juruaudit dikehendaki memeriksa kira-kira kewangan MGK

Kebangsaan dan membuat laporan atau pengesahan untuk

dibentang semasa Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Perwakilan.

Juruaudit juga dikehendaki mengaudit kira-kira kewangan MGK Kebangsaan pada bila-bila masa yang diarah oleh YDP MGK Kebangsaan.


    1. Juruaudit Dalam akan dipilih dua tahun sekali semasa mesyuarat agung.


Fasal 18 : PENGAMANAH


    1. Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih dari 21 hendaklah dilantik

semasa Mesyuarat Agung MGK Kebangsaan jika difikirkan perlu dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh MGK Kebangsaan. Semua harta tetap yang dipunyai oleh MGK Kebangsaan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Truth).


    1. Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak

milik harta kepunyaan MGK Kebangsaan dengan tidak mendapatkan persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung.


    1. Seseorangan Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh

Mesyuarat Agung oleh sebab penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab-sebab lain yang mengakibatkan tidak boleh menjalankan tugas atau tanggungjawab dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, kekososngan itu dipenuhkan oleh Pengamanah baru yang dilantik semasa Mesyuarat Agung MGK Kebangsaan atau Mesyuarat Agung MGKK Negeri / Daerah / Gabungan atau Mesyuarat Jawatankuasa MGK Kebangsaan atau Mesyuarat Jawatankuasa MGK Negeri / Daerah / Gabungan dengan secepat mungkin.


Fasal 19 : MESYUARAT AGUNG / PERWAKILAN MGKK MALAYSIA


19.1. Mesyuarat Agung / Perwakilan Tahunan MGK Kebangsaan hendaklah

diadakan selewat-lewatnya 30 Oktober setiap tahun. Tarikh, masa dan tempat bagi Mesyuarat Agung Tahunan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa MGK Kebangsaan.


19.2 Seseorang ahli MGK Kebangsaan yang telah menjelaskan yuran tahunan

mempunyai hak bersuara dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung /

Perwakilan MGK Kebangsaan.


19.3 Korum untuk Mesyuarat Agung / Perwakilan ialah sekurang-kurangnya

tiga perempat (3/4) daripada jumlah perwakilan Negeri.

19.4 Jika korum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang

ditetapkan untuk mesyuarat,maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh ( tidak lebih daripada 30 hari) yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu maka berkuasalah perwakilan yang hadir untuk menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan majlis dan membuat keputusan yang melibatkan semua ahli majlis.


19.5. Agenda Mesyuarat Agung / Perwakilan bagi MGK Kebangsaan adalah

seperti berikut:

19.5.1 Membentang dan menerima Peringatan Mesyuarat Agung yang

lalu.

19.5.2 Membentang dan menerima Penyata Tahunan MGK Kebangsaan.

19.5.3 Membentang dan menerima Penyata Kewangan bagi tahun kewangan yang telah diaudit

19.5.4 Memilih Jawatankuasa MGK Kebangsaan dan dua orang Juruaudit Dalam untuk tempoh dua tahun, kecuali jawatan Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat dan 15 orang Jawatankuasa (YDP Negeri).

19.5.5 Membentang dan membahaskan usul.

19.5.6 Ucapan penangguhan.


19.6 Notis Mesyuarat Agung yang menyatakan tarikh, masa dan tempat

hendaklah dihantar oleh Setiausaha Kehormat kepada semua Jawatankuasa dan perwakilan tiap-tiap negeri 14 hari sebelum mesyuarat.


19.7 Usul-usul atau cadangan dari MGK Negeri hendaklah dihantar kepada

Setiausaha Kehormat MGK Kebangsaan dalam tempoh 21 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan untuk dibentang dan dibahaskan.


19.8 Mesyuarat Agung Khas Perwakilan bagi MGK Kebangsaan boleh

diadakan:

19.8.1 Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa MGK Kebangsaan,

atau

19.8.2 Atas permintaaan bertulis tidak kurang dari satu perlima daripada

jumlah perwakilan yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakanya melalui Setiausaha Kehormat MGK Kebangsaan.

19.8.3 Mesyuarat Agung Khas Perwakilan yang diminta oleh perwakilan hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan pemintaan.

19.8.4 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas Perwakilan itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat tersebut kepada semua perwakilan yang berhak mengundi.

19.8.5 Setiausaha Kehormat MGK Kebangsaan hendaklah menghantar

kepada semua Setiausaha Kehormat Negeri salinan peringatan tiap-

tiap Mesyuarat Agung Khas Perwakilan dengan seberapa segera setelah

selesainya sesuatu mesyuarat itu dijalankan.


19.9 Fasal 19.3 berkenaan korum mesyuarat agung boleh diguna pakai untuk Mesyuarat Agung Khas Perwakilan.


19.10 Perwakilan untuk Mesyuarat Agung terdiri dari 10 orang ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan bagi setiap negeri.


Fasal 20 : MESYUARAT AGUNG NEGERI / DAERAH / GABUNGAN


20.1 Mesyuarat Agung Tahunan Negeri / Daerah / Gabungan diadakan tidak lewat dari 30 hari sebelum Mesyuarat Agung MGK Kebangsaan / Negeri.


20.2 Agenda Mesyuarat Agung Negeri / Daerah / Gabungan adalah seperti berikut:

20.2.1 Membentang dan menerima Peringatan Mesyuarat Agung yang lalu.

20.2.2 Membentang dan menerima Penyata Tahunan MGKK Negeri / Daerah / Gabungan .

20.2.3 Membentang dan menerima Penyata Kewangan bagi tahun

kewangan yang telah diaudit

20.2.4 Memilih Jawatankuasa MGK Kebangsaan Negeri / Daerah /

Gabungan dan dua orang Juruaudit Dalam untuk tempoh dua tahun, kecuali jawatan Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan Ahli Jawatankuasa (YDP Daerah / Gabungan).

20.2.5 Memilih 10 orang wakil ke Mesyuarat Agung MGK Kebangsaan

20.2.6 Membentang dan membahaskan usul.

20.2.7 Ucapan penangguhan.


20.3 Setiausaha Kehormat Negeri / Daerah / Gabungan hendaklah

menghantar notis mesyuarat 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan

diadakan dengan menyatakan tarikh, tempat dan masa kepada semua ahli.


20.4.Korum Mesyuarat Agung ialah satu per dua (1/2) dari jumlah ahli berhak

mengundi


20.5. Jika korum tidak cukup selepas satu jam dari masa yang telah ditetapkan

untuk mesyuarat , maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatutarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Negeri / Daerah / Gabungan. Jika korum masih tidak cukup selepas satu jam dari masa yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli boleh menjalankan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa membuat sebarang keputusan yang melibatkan ahli.


    1. Suatu Mesyuarat Agung Khas Negeri / Daerah / Gabungan hendaklah

diadakan:

20.6.1. Atas arahan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan, atau


20.6.2. Apabila Jawatankuasa Negeri / Daerah / Gabungan memikirkannya mustahak atau;


20.6.3. Atas permintaan bertulis tidak kurang satu per tiga (1/3) dari ahli MGK Kebangsaan Negeri / Daerah / Gabungan dengan menyatakan tujuan dan sebab mengadakan mesyuarat itu.


20.6.4. Fasal 20.4 di dalam Perlembagaan ini berkaitan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari masa yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.


20.6.5. Setiausaha Kehormat Negeri hendaklah menghantar kepada Setiausaha Kehormat MGK Kebangsaan satu salinan peringatan Mesyuarat Agung selepas selesainya mesyuarat itu.


Fasal 21: PEMBUBARAN


21.1 Pembubaran MGK Kebangsaan adalah tertakluk kepada kuasa-kuasa dan peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia.


21.2 Pembubaran MGK Kebangsaan boleh dilaksanakan dengan persetujuan tidak kurang 3/5 (tiga per lima) daripada jumlah ahli.


21.3 Sekiranya MGK Kebangsaan dibubarkan maka segala tanggungan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui oleh Jawatankuasa MGK Kebangsaan.



Fasal 22 : PINDAAN PERLEMBAGAAN


22.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung MGK Kebangsaan.



Fasal 23 : TAFSIRAN PERLEMBAGAAN


23.1 Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung MGK Kebangsaan, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan apabila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini.


23.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat semasa Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa MGK Kebangsaan ke atas ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.


Fasal 24 : ETIKA MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN


24.1 Pada setiap masa ahli dikehendaki mematuhi Kod Etika Kaunselor, Akta Pendidikan dan Akta Kaunselor 580.




MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN

(MGKK)

BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN

.

ih semasa Mesyuarat Agung MGKK Kebangsaan

Setiausaha kehormat, No.Ahli...............

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan


Tuan,

Bahawa saya ingin mendaftar sebagai ahli dan mengaku akan patuh kepada syarat-syarat yang termaktub di dalam Perlembagaan MGKK.


  1. Butir-butir Diri:


1. Nama (huruf besar) :......................................................................................


2. Alamat sekolah:.............................................................................................


...........................................................................................................................


3. Alamat rumah:................................................................................................


...........................................................................................................................


4. E-mail :...........................................................................................................


5. No. tel :(sek.)....................................Rumah / H.S:........................................


...............................................................


6. No. Kad Pengenalan:...................................................


Tanda tangan :................................................ Tarikh:.............................

...............................................................................................................................

Untuk kegunaan urus setia.


Permohonan untuk menjadi ahli telah diterima pada .......................................


Nama ahli :........................................................................................................


No. Ahli:..............................


Disahkan : YDP / Setiausaha Kehormat:................................................





MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN

D/A Bahagian Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

MGKK Kompleks Pentadbiran Kerajaan Parcel E,

62604 Putrajaya.

Ruj.kami : YDP/MGKK/(01)

11 Disember 2005.

Yg. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Ahamad bin Sipon,

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

Kementerian Pelajaran Malaysia


Melalui;


En. Salleh bin Mohd. Husein,

Pengarah Bahagian Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia.


Yg. Bhg. Dato’,


MEMOHON KEBENARAN MENUBUHKAN DAN MENDAFTARKAN MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN (MGKK) DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami guru-guru kaunseling sekolah menengah seluruh negara ingin memohon kebenaran menubuhkan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) dan didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.


3. Penubuhan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatukan semua guru-guru kaunseling yang bertugas di sekolah supaya mempunyai matlamat yang sama untuk memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara berkesan dan profesional.


4. Bersama ini disertakan draf Perlembagaan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan untuk makluman dan pertimbangan Yang Berbahagia Dato’.


Sekian, terima kasih.



BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,


.....................................

(ZAMZAN BIN OMAR)

YDP Penaja,

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan.


Ciptaan Logo :


Ahmad Rizal Bin Mohd Isa

Guru Kaunseling,

SMK Sei Mahkota,

25150 Kuantan,

Pahang Darul Makmur.




























qifa_mfeo design service